Friday, October 18, 2013

Jalan Jalan Cari Makan Di Kucing Bersama Elisha

Kali ini Elisha membawa anda ke Kuching. Di Kuching Elisha bersama Mama, atuk (Pak Tom) dan Tok wan menginap di Grand Margherita Hotel di Waterfront Kuching untuk beberapa malam bagi program tahunan keluarga Elisha iaitu Jalan Jalan Cari Makan.

Selain dari masakan Bugis 'Peria Kambu' di rumah 'ambuk' (atuk Elisha sebelah ayah) di Kampung Iboi Sadong Jaya, Elisha tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan tempatan di sekitar Kuching saperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Ayam Pansuh dan sayur Midin. 

Paling digemari Elisha ialah makan seafood di Topspot yang terletak di bandar Kuching. Memang berbaloi ..murah dan punyai banyak pilihan. Yang pasti masakan soft shell crab (ketam kulit lembut) menjadi favourite Elisha sehinggakan kulit ketam di bahagian penyepitnya habis Elisha kerjakan. Kalau tak percaya datanglah dan mencubanya sendiri!

Ini keropok bakul digoreng bersama tiram. Kiri - Kenalan Atuk Elisha Tuan Hj Mahbang bekas Guru Besar di Beladin Sarawak

Kami juga ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah - Hanya beberapa minit sahaja dengan menaiki bot penambang dari jeti hotel kami berhampiran Waterfront menyeberangi.Sungai Sarawak 
.

1. Ceo Elisha Homestay 2. Di Kuching Waterfront bersama buskers 3. Tok Wan mencuba Nasi Arab Kuching 4 Nia Anirza kenalan mama Elisha yang menjadi 'tour guide' kami bergambar di lobi Hotel Grand Margherita
 Di rumah 'Ambuk' Elisha - Tuan Hj Bekri Kampung Iboi Sadong Jaya. Di sini kami disajikan dengan masakan Bugis iaitu Paria (Sayur Peria) Kambu yang disumbatkan kelapa sangrai, ikan dan lain-lain bahan yang dibuat khas untuk kami. Hmmm TQ Ambuk

 Walaupun kami Jalan Jalan Cari Makan tapi Elisha Homestay tetap beroperasi saperti biasa hehe. Semoga bertemu di lain masa dan destinasi bersama Elisha.

No comments:

Post a Comment